Thursday 27 September 2012

Post Pertama Pembuka Bicara

Assalamualaikum wbt.



InsyaAllah blog ni akan terus dihidupkan oleh kami jejaka2 Dublin, bagi menyemarakkan lagi perkongsian ilmu dan maklumat.


Disebabkan pemilik blog ni dimiliki oleh 7 orang jejaka yang mempunyai berbagai latar belakang dan cara fikir, maka kemungkinan besar blog ini bakal menyerupai rojak dari segi penyampaian dan isi kandungannya. Ada yang mungkin lebih serius dan sarat dengan fakta, ada pula yang lebih santai, sekadar bacaan ringan, namun insyaAllah bermanfaat.



Ada yang bakal berkongsi tips study, kehidupan seharian di Dublin, motivasi untuk pelajar, agama dalam  kehidupan student, mahupun perkongsian2 seperti isu kenegaraan, isu sistem kesihatan malaysia, isu luar negara dan sebagainya. Juga dalam kalangan kami ada yang lebih berseni dalam penulisan, kemungkinan ada cerpen, satira ataupun sajak. Maaf, aku sendiri tak pandai sangat nak ulas bab seni, nanti korang tengoklah sendiri.


Kesimpulannya, selamat membaca dan berfikir. yuhuu.