Sunday 14 October 2012

budak medik terbabom #1 hilang semangat

assalamualaikum.




mendengar tajuk sahaja mungkin membuatkan korang salah faham bahawa aku merupakan budak medik yang hebat dalam pelajaran. oh, nehi zahingye...(ok, ni perkataan baru yg aku create)


aku merupakan pelajar medik yang sangat average. very very the average. tapi hati aku senantiasa membara untuk meneruskan kehidupan budak medik yang penuh pancaroba ni. dan senantiasa ingin untuk mendapatkan result yang terbabom, namun, aku lemah....


ok, cukuplah dengan ratapan hidup tersebut. kalau korang adalah pelajar medik, pastinya kita berkongsi perasaan yang sama, kecuali golongan2 'gunners' yang hidupnya untuk score. (I've seen one!)


tapi, aku cuba bagi tips berdasarkan pengalaman aku yang pernah jatuh dalam hidup, juga perkongsian ilmu daripada sahabat2 medik yang lain. Mostly mereka2 ni adalah sahabat2 dari UCD, TCD, dan RCSI. Tapi, aku x boleh reveal aku dari uni mana, atas sebab menjaga maruah diri. (sesungguhnya aku bukan bajet hot, ahakz)


baiklah, dalam post terbabom pertama ni, aku akan cuba huraikan, teori pasal kenapa budak medik yang dulunya suka 'score' exam, bila dah sampai Ireland, hilang semangatnya. Teori ni sebenarnya disambut baik oleh beberapa orang, jadi, aku akan cuba menyebarkan idea ni kepada semua, supaya diambil iktibar.


Pelajar2 yang sampai ke dublin ni, mostly tiada masalah dengan study sewaktu mereka di Malaysia. SPM mantop, A level mahupun IB dapat score. Dulu, mereka mampu untuk study secara stabil dan mampu serap maklumat dengan senang hati. Apabila menyambung study disini, akan muncul 2 golongan. Satu golongan dimana mereka dapat meneruskan study seperti biasa, walaupun dalam keadaan persekitaran dan sistem yang berbeza, mereka tiada masalah untuk terus study, walaupun kadang2 mereka juga merungut medik ni terlalu membebankan dek amount yang banyak untuk dibaca.


Dan satu golongan lagi, dimana, apabila tibanya mereka kesini, tanpa disedari, at one point in life, mereka sudah hilang keterujaan untuk teruskan pembelajaran. Belajar adalah semata untuk lulus exam. Tiada keterujaan lagi untuk menghadapi susah payah belajar dan score. Tiada keseronokan untuk dapatkan yang terbaik. Percayalah, ini bukan kata2 aku sendiri tapi, kata2 sahabat2 medik yang aku pernah berbual. Bukan seorang sahaja yang berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah dilema yang sangat besar untuk kita pelajar medik. Golongan pertama tadi mungkin tak berapa memahami keadaan ini, namun sesungguhnya kat luar sana, wujud golongan kedua.


Apa yang berlaku sebenarnya?